Terms & Conditions

RAHMAD BAH ARTWORK - TERMA DAN SYARAT

Adalah di persetujui berdasarkan terma yang telah di nyatakan dengan terperinci tanpa sebarang perubahan kontrak melainkan ianya di persetujui oleh kedua-dua pihak.

Booking Fee (Deposit)
Lock date bertujuan untuk menempah tarikh dan masa photographer pada majlis perkahwinan anda dan pembayaran (locked date) tidak akan di kembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan. Majlis yang di tunda ke tarikh lain perlu deposit semula sekiranya photographer gagal untuk menyusun semula jadual yang telah di tempah.

Payments (Pambayaran)
Setelah pembayaran lock date di lakukan, baki bayaran penuh hendaklah di bayar sebelum atau pada hari majlis tersebut. Salinan gambar (softcopy) tidak akan di hantar sekiranya bayaran penuh belum di lakukan oleh anda. Bayaran tambahan akan di kenakan sekiranya ingin menambah bilangan mukasurat dalam album.

Display (Paparan)
Photographer berhak untuk memaparkan mana-mana gambar yang terkandung dalam kontrak untuk paparan portfolio, pengiklanan, atau slide show, dan website melainkan ada perjanjian lain dari pihak yang terlibat.

Images (Gambar)
Semua saiz gambar adalah high quality. Salinan kesemua gambar akan di berikan dalam bentuk pendrive.

Retouching (Edit)
Photographer akan memberikan tona warna yang sesuai pada setiap gambar semasa process post processing mengikut kreativiti atau gaya yang biasa digunakan. Sebarang bentuk retouching, manipulasi digital atau finishing yang mengikut permintaan Client akan di kenakan cas tambahan.

Post Processing (Editing, Design, Printing)
Proses setelah selesai majlis mengambil masa sekurang-kurangnya 25-65 hari masa bekerja bagi membolehkan album dan kesemua artwork di hantar kepada client. Berikut adalah jangkaan masa yang di ambil bagi proses editing, design album dan printing:

  • Editing (10-20 hari masa bekerja)
  • Design Album (5-15 hari masa bekerja)
  • Printing (10-20 hari masa bekerja)


Attendance (Kehadiran)
Sekiranya pada sesuatu majlis photographer yang bertugas gagal hadir di sebabkan hal-hal yang tidak dapat di elakkan, Rahmad Bah Artwork berhak untuk melantik photographer lain bagi pihak kami untuk menghadiri Majlis anda dan mengusahakan yang terbaik berdasarkan kebolehan yang dia ada pada majlis tersebut.

No comments

Powered by Blogger.